Wednesday, December 29, 2010

Hari-hari terindah bersama si dia...

Salam perkenalan dan salam 1 Malaysia....



Inilah keluarga saya...
 Hari ini merupakan hari pertama aku mengenali apa itu blog..... Nama ku Hajariah Binti Ismail... Aku kira anak jati Felda Air Tawar 1. Aku di lahirkan pada 22.02.1980 hari jumaat tepat pukul 4.20 pagi di teratak kami no 93 Felda Air Tawar 1.  Alhamdulilah sehingga kini aku masih menatap di tempat yang sama...

Aku mempunyai 4 orang adik beradik... 3 lelaki dan aku seorang saja perempuan.  Aku sangat beruntung kerana aku anak perempuan seorang.... Emak dan abah sangat sayang padaku...Almaklumlah anak perempuan sorang...hihihi...

Aku bersyukur mempunyai emak dan abah yang penyayang.. Mereka tidak pernah mengabaikan kami.  Mereka memberikan didikan yang sempurna pada kami adik-beradik.  Kepada teman-teman hargai mak dan abah kita selagi mereka ada, kerana jasa mereka membesarkan kita, mendidik kita sehingga menjadi manusia memang tidak dapat kita balas sampai bila-bila... Hanya dengan doa anak-anak yang soleh dan soleha saja yang dapat kita berikan untuk kebahagian mereka di dunia dan di akhirat....

Kini aku berusia 30 tahun... hidupku cukup bahagia disamping insan-insan tersayang.  Aku mempunyai suami yg penyayang dan aku dikurniakan 3 orang cahayamata... Nama suamiku Saharudin Bin Muhamed Jais. Kami diijabkabulkan pada 18.Okt 2002. Dari tarikh itulah aku bergelar seorang isteri.  Suamiku seorang yang sangat penyabar melayan kerenah aku dan anak-anak dan suamiku seorang yang kelakar.  Walaupun sekali pandang muka dia macam sombong aje.  Kami ni 1 kampung, emak-emak kami yang menyatukan kami.  Alhamdulilah usia perkahwinan kami baru masuk 8 tahun... Dalam 8 tahun kami mempunyai 3 orang cahayamata... Anak pertama ku bernama Sharmiza Binti Saharudin kini berusia 7 tahun. Anak kedua aku Muhammad Aisy bin Saharudin berusia 4 tahun.  Dan anak ku yang ke 3 Muhammad Nazmi bin Saharudin berusia 1 tahun 8 bulan.... Kini aku jalani hidup sebagai seorang surirumahtangga... Menjaga anak-anak dan suami... Alhamdulilah aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang....


Baiklah teman-teman aku rasa cukup sampai disini dulu coretan tentang diriku sebagai salam perkenalan... kita akan berjumpa lagi...bye...